Ustaz jatuh cinta dengan ibu murid sendiri sampai cerai bini.
Bermula dengan sekadar mesej bertanya pendapat dan meminta nasihat, akhirnya apa yang berlaku adalah berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.
Kisah benar seorang guru berstatus suami orang bercinta dengan emak kepada anak muridnya sendiri yang diceritakan menerusi satu perkongsian seorang guru selebriti, Mohd. Fadli Salleh dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Jelas Mohd Fadli, kejadian tersebut benar-benar berlaku selepas isteri kepada guru tersebut diceraikan dan menceritakan segala kejadian yang telah berlaku kepada suaminya.
“Ada satu kisah benar di antara kisah yang sukar untuk saya lupakan, tentang seorang wanita ‘manja’ yang selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz sehingga terbit rasa cinta di hati. Manja wanita bukan dengan ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Itu bukan manja terpuji, itu manja terkeji.
“Manja yang menampakkan sisi-sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita – akan mudah menarik lelaki yang punyai penyakit dalam hati. Manja ini telah banyak meruntuhkan rumahtangga dan membuatkan wanita menyakiti sesama wanita. Di saat sang suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih dan menumpahkan kemanjaannya terhadap suami orang lain,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sehingga satu ketika perkara tersebut ‘tertangkap’ apabila suami wanita itu dapat tahu berkenaan hubungan dengan ustaz kepada anaknya sendiri, maka ustaz tersebut hanya menjawab wanita itu lembut, selalu ceria dan positif tidak seperti isterinya di rumah.
“Dipendekkan cerita isteri kepada ustaz itu merayu agar si suami ini jangan ceraikan isterinya yang bermadu kasih dengan suaminya. Kerana jika si isteri ini diceraikan, pasti dirinya juga diceraikan kerana isteri manja dan ustaz ini memang ‘plan’ nak bercerai dengan pasangan masing-masing dan mengahwini satu sama lain.
“Tapi jodoh isteri ‘manja’ dengan suami sibuk ini tak berpanjangan. Isteri ‘manja’ berkeras minta diceraikan. Entah ke mana hilang ‘manjanya’ ketika ini.
“Akhirnya, diceraikan juga lantaran isteri si manja yang sudah terlalu angau dengan ‘imam’ barunya.Maka, ustaz ini juga menceraikan isterinya agar dapat bersama dengan isteri orang yang manja.