Ustaz Badrulamin bebas dari tuduhan amang seksual kanak-kanak perempuan

Photo of author

By Syima Iza

Ustaz Badrulamin bebas dari tuduhan amang seksual kanak-kanak perempuan.

Seorang penceramah bebas dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ustaz Badrulamin bebas dari tuduhan amang seksual kanak-kanak perempuan

Mahkamah memutuskan tertuduh, Badrulamin Bahron, 63 tahun, dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dikembalikan semula kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Azali Ibrahim dan Zulkifli Che Yong.

Pada November tahun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga ahli keluarga.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia lima tahun sembilan bulan ketika kejadian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu antara 4 hingga 6 Mac 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 14 (a) dan seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Baca Juga:
Wisma Putra sahkan Tan Sri Johari Abdul berada dalam keadaan selamat di Iran
Pengantin perempuan minta cerai selepas 3 minit berkahwin
‘Tak masuk akal’ – Peniaga jual french fries 10 batang harga RM19 kena kecam