Ustaz Abdul Somad dedah ramai wanita mahu jadi isteri kedua, sanggup bermadu

Photo of author

By Syima Iza

Ustaz Abdul Somad dedah ramai wanita mahu jadi isteri kedua, sanggup bermadu. Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad membuat pengakuan bahawa dirinya ‘dihimpit’ ramai wanita yang mahu berkahwin dengannya meskipun mengetahui beliau sudah beristeri, lapor portal berita hops.id semalam.

Beliau yang kini berusia 45 tahun dan terkenal dengan gelaran UAS menamatkan zaman dudanya pada tahun 2021. UAS berkahwin dengan seorang gadis muda setelah bercerai dengan bekas isteri, Mellya Juniarti pada 2019.

Ustaz Abdul Somad dedah ramai wanita mahu jadi isteri kedua, sanggup bermadu
UAS bersama isterinya, Fatimah Az Zahra
UAS berkahwin dengan Fatimah Az Zahra yang ketika itu berusia 19 tahun dengan menyerahkan mas kahwin berupa 244 gram emas.

Ketika berceramah di sebuah sekolah pondok di wilayah Jawa Barat baru-baru ini, beliau berkata, terdapat ramai wanita yang mahu menjadi isterinya malah sanggup bermadu.

“Saya, biarpun sudah tua begini, masih banyak yang menulis komen-komen seperti ‘ustaz jadikan saya yang kedua.’ Padahal, saya sudah berkahwin dan sudah tua,” katanya.

Baca Lagi:
Isteri Perdana Menteri ziarah keluarga 3 maut terkena renjatan elektrik
Kerajaan lulus bantuan segera RM100 juta untuk Kelantan dan Terengganu – PM Anwar
Rumah dilanda banjir, tiga beradik maut terkena renjatan elektrik