Usahawan beli beg sekolah LV harga hampir RM20k untuk anak perempuan undang pelbagai reaksi netizen

Photo of author

By Syima Iza

Usahawan beli beg sekolah LV harga hampir RM20k untuk anak perempuan undang pelbagai reaksi netizen.

Usahawan Farhana Zahra telah membeli sebuah beg sekolah daripada jenama mewah untuk anak perempuannya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Farhana atau mesra disapa Cik Na itu menuruti permintaan puterinya yang menginginkan sebuah beg sekolah baharu daripada jenama mewah antarabangsa, Louis Vuitton.

Usahawan beli beg sekolah LV harga hampir RM20k untuk anak perempuan undang pelbagai reaksi netizen

“Saya nak beg sekolah baru, tak nak Smiggle, nak LV.”

Mereka kemudian ke butik Louis Vuitton dan memilih sebuah beg berwarna biru serta topi yang berharga RM19,250.

“Budak-budak zaman sekarang, dulu kita pakai beg jenama Swan. Heret pakai roda, dah rasa paling top dekat sekolah.

“Beg sekolah anak awak semua harga berapa? Kena kerja keras lagi sebab zaman sekarang tak ada harga macam zaman kita dulu,” komen netizen.

@farhanazahra91 Beg sekolah anak uols harga berapa? Kena kerja keras lagi ni, sebab zaman sekarang xde da harga mcm zaman kita dulu 😭😭#farhanazahra91 #cikna #farhanazahra ♬ original sound – Farhana Zahra

Usahawan beli beg sekolah LV harga hampir RM20k untuk anak perempuan undang pelbagai reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi, antaranya ada yang berpendapat Cik Na tidak sepatutnya terlalu mengikut kehendak anak.

Bagaimanapun, ada segelintir warganet pula berkata, tidak salah untuk Cik Na berbelanja demi anak-anak kerana dia mampu dari segi kewangan.

Baca Lagi:
“Tolonglah pakai baju”- Lelaki dedah gambar sebenar yang diambil ketika buat ‘Face Verification’ di aplikasi
Anak mohon doa orang ramai, peguam ‘Kotak Pensel’ dikejarkan ke hospital
Ayam atau telur wujud dahulu? Ini penjelasannya