Untung berganda-ganda, syarikat ini umum bonus 120 bulan gaji kepada pekerja. Buat mereka yang bekerja, mendapat bonus adalah satu perkara yang amat dinanti-nantikan.
Jika biasanya bonus diberikan satu hingga tiga bulan gaji bergantung kepada prestasi, bagaimana perasaan anda jika memperoleh bonus sehingga 120 bulan gaji?
Itu yang berlaku kepada pekerja di syarikat Hyundai Oilbank yang telah mengumumkan bonus lumayan kepada pekerjanya selepas mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 226% pada suku ketiga tahun ini.
syarikat ini untung berganda-ganda, umum bonus 120 bulan gaji!
Menurut laporan, syarikat petroleum dan kilang penapisan yang berpangkalan di Korea Selatan itu telah menjana keuntungan kira-kira 2.8 trilion Won, membolehkan mereka memberikan bonus kepada pekerja mereka sehingga 1000 peratus lebih daripada gaji masing-masing.
Hyundai Oilbank sebelum ini tidak pernah mendedahkan nilai bonus kepada pekerjanya secara spesifik, namun ada laporan mendedahkan pekerjanya pernah menerima bonus sebanyak 600 peratus lebih tinggi dari gaji pada 2021. Ini bermaksud, setiap pekerja mereka memperoleh 121 juta Won (kira-kira RM417,777) secara purata pada ketika itu.
Jadi bayangkan berapa nilai bonus yang diperoleh kini untuk 120 bulan nilai gaji, jika gaji asas seorang pekerja itu adalah RM3,000?
Baca lagi: