Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara ‘Newbie’

Photo of author

By Syima Iza

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara ‘Newbie’.

Buat anda yang baru berkahwin dan belum biasa berada di dapur, anda boleh mula belajar cara menyiang ikan terlebih dahulu.

Jika masih mempunyai ibu mentua, tentu sekali anda tak mahu berasa malu di hadapannya, terutamanya apabila diminta membantu menyiang ikan di dapur.

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara 'Newbie'

Berikut adalah tutorial menyiang ikan dengan langkah-langkah yang ringkas dan sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak. Jom kita lihat!

TUTORIAL MENYIANG IKAN UNTUK PEMULA

1. Gunting sirip dan ekor ikan

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara 'Newbie'

Mula-mula, gunting bahagian sirip dan ekor ikan. Anda tidak perlu gunting terlalu banyak, cukup sekadar buang hujung-hujung saja.

2. Belah bahagian perut ikan

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara 'Newbie'

Kemudian, belah bahagian perut ikan. Pastikan pisau atau gunting anda tajam. Jika tidak biasa, lakukan dengan perlahan-lahan. Belah dari bahagian ekor hingga ke mulut ikan.

3. Keluarkan isi perut dan insang

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara 'Newbie'

Setelah selesai membelah perut tadi, keluarkan isi perut dan insang ikan. Anda hanya perlu menarik semua isi perut dan insang keluar.

4. Cuci bahagian dalam ikan

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara 'Newbie'

Selepas semuanya dikeluarkan, lalukan air pada ikan dan bersihkan bahagian dalamnya dengan teliti.

5. Susun ikan dalam bekas

Untuk orang baru masuk ke dapur, ini tutorial menyiang ikan cara 'Newbie'

Akhir sekali, susun ikan satu persatu di dalam bekas. Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam supaya ikan tahan lebih lama.

Sebenarnya, menyiang ikan tidaklah sesukar mana. Asalkan anda tahu asasnya, itu sudah memadai. Selepas menguasai tutorial ini, sekurang-kurangnya anda tidak akan berasa malu di hadapan ibu mentua. Selain itu, anda juga boleh ajar suami untuk membantu bersama di dapur.

Jangan berasa malu jika belum pandai memasak kerana tidak semua orang mahir dari awal. Yang penting, anda rela dan berani untuk belajar perkara baru.

Jangan lupa ikuti perkembangan kami kerana lebih banyak lagi tutorial mudah dan istimewa untuk pemula akan dikongsikan nanti!

Baca Juga:
“Mak tanya demi Allah awak tak buat?” – Pemilik Homestay mengigil selepas ‘kantoi’ skodeng penyewa wanita sedang mandi
Anak bekas pemimpin GISBH minta semua pihak jangan bela GISBH – “Tolong jangan backup lagi”
Isteri tenang terjah suami curang, kantoi makan dengan perempuan lain