Unta mengamuk ‘kunyah’ kepala tuan mati dibelasah penduduk kampung

Unta mengamuk ‘kunyah’ kepala tuan mati dibelasah penduduk kampung

Unta mengamuk ‘kunyah’ kepala tuan mati dibelasah penduduk kampung. Seekor unta di India dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung selepas ia ‘mengunyah’ kepala tuannya, lapor portalberita MailOnline semalam.

Pemiliknya, Sohanram Nayak cuba menangkap semula haiwan yang mengamuk itu selepas terlepas daripada ikatan tali dan cuba mengejar seekor unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.

Haiwan itu kemudian menggigit leher pemiliknya, mencampakkannya ke tanah dan ‘mengunyah’ kepala Nayak, demikian menurut laman berita The Times of India.

Unta mengamuk 'kunyah' kepala tuan mati dibelasah penduduk kampung

Dalam video yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu mengikat unta itu pada sebatang pokok sebelum dipukul hingga mati pada Isnin lalu.

Haiwan itu dilihat tersungkur selepas serangan tersebut manakala kamera turut menunjukkan tuannya sudah tidak bernyawa.

Menurut laporan tempatan, ahli keluarga mangsa terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad Nayak diserahkan kepada saudara-maranya selepas bedah siasat dilakukan.

Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu.

Baca Lagi:
Mulai hari ini, tak perlu lagi lekat ‘roadtax’ – Anthony Loke
Wanita ini kongsi kisah sedih ditipu suami selepas berkahwin, rupa-rupanya hanya lakonan
Duit RM49.2 juta masuk akaun, pasangan kekasih sempat beli rumah dan kereta mewah, akhirnya ini yang berlaku
CATEGORIES