Universiti terkemuka tawar ‘cuti haid’ kepada pelajar perempuan

Universiti terkemuka tawar ‘cuti haid’ kepada pelajar perempuan

Universiti terkemuka tawar ‘cuti haid’ kepada pelajar perempuan.

Sebuah universiti terkemuka di Thailand meluluskan `cuti haid’ untuk pelajar yang mengalami masalah berkaitan kitaran haid.

Universiti Thammasat yang terletak di Pathum Thani, utara Bangkok menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama menawarkan cuti demikian.

Universiti Thammasat kini membenarkan pelajar yang mengalami senggugut, sakit kepala dan keletihan mengambil cuti semasa belajar, tanpa menjejaskan gred mereka.

Universiti terkemuka tawar 'cuti haid' kepada pelajar perempuan

Keputusan itu diluluskan oleh jawatankuasa akademik pada minggu lalu.

Malah, langkah itu juga menjadikan Universiti Thammasat sebagai institusi pendidikan pertama Thailand yang membenarkan hak bercuti dalam tempoh haid.

“Jabatan Akademik ingin meminta kerjasama daripada fakulti, institusi dan kolej untuk membenarkan pelajar tidak hadir kerana haid,” jelas kesatuan pelajar universiti itu dalam kenyataan yang dimuat naik di aplikasi X.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan tempoh pelajar berkenaan boleh mengambil cuti.

Universiti Thammasat yang merupakan universiti kedua tertua di Thailand dan dianggap antara institusi paling progresif, terkenal di negara itu kerana menawarkan kursus dalam bidang politik dan undang-undang.

Sebilangan kecil negara di seluruh dunia mengguna pakai undang-undang membenarkan cuti haid, termasuk Jepun, Indonesia dan Sepanyol.

Malah, di beberapa negara lain pula, majikan mula menawarkan cuti haid tanpa diwajibkan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian.

Baca Lagi:
4 gadis sedang berkelah bawah pokok bertempiaran lari dikejar ular tedung
Pembunuh Along Spoon bebas hari ini selepas penjara 33 tahun
6 jam bertarung nyawa bertempur dengan 150 askar Israel, lelaki gugur syahid selepas lokasi terakhirnya dibedil bertalu-talu
CATEGORIES