Undur kereta di lebuh raya, wanita disaman lebih RM3,000

Undur kereta di lebuh raya, wanita disaman lebih RM3,000

Seorang wanita disaman sebanyak 17 juta dong (RM3,128), manakala lesen memandunya digantung selama enam bulan kerana mengundurkan sebuah kereta di Lebuh Raya Bandar Raya Ho Chi Minh-Long Thanh-Dau Giay, lapor portal berita VnExpress semalam.

Kelmarin, kereta hitam dipandu wanita terbabit melalui lebuh raya dari Bandar Raya Ho Chi Minh ke Dong Nai tetapi terlajak melepasi simpang keluar ke Lebuh Raya Phan Thiet-Dau Giay.

Pemandu itu kemudian memberi isyarat dan mengundurkan kenderaan untuk memasuki simpang tersebut.

Undur kereta di lebuh raya, wanita disaman lebih RM3,000

Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang berada di belakangnya. Video itu kemudiannya dikongsi di internet.

Polis trafik menyiasat kes itu dan mengenal pasti pemandunya ialah seorang wanita berusia 35 tahun yang tinggal di utara Bandar Hai Phong.

Baca Juga:
Peniaga parah ditetak adik kandung kerana enggan pinjamkan motosikal
Ikan berwajah ‘seram’ mendongak ke langit ditemui di pantai Singapura
‘Nak tunjuk imej kaya tapi ramai bankrap’ – Zarina Anjoulie dakwa artis hidup mewah pinjam duit ‘Ah Long’
CATEGORIES