Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu.

Negeri Selangor sering menjadi medan utama pertembungan politik di Malaysia, berikutan statusnya sebagai negeri paling maju dan kaya di negara ini.

Walaupun persaingan politik sering menjadi tumpuan, kita kadang-kadang lupa bahawa Selangor sebenarnya mempunyai undang-undang khas yang eksklusif pelaksanaannya.

Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu

Tahukah anda tentang beberapa undang-undang unik yang hanya terdapat di Selangor? Berikut adalah lima undang-undang menarik yang mungkin belum pernah anda dengar.

1. Definisi ‘Orang Tua-Tua’

Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu

Di Selangor, terdapat istilah khas untuk lelaki Melayu dewasa yang dikenali sebagai ‘orang tua-tua’.

Lelaki yang ingin diiktiraf sebagai ‘orang tua-tua’ perlu memenuhi syarat berikut:

  • Beragama Islam mengikut mazhab Shafie.
  • Berusia sekurang-kurangnya 35 tahun.
  • Anak kelahiran Selangor yang sah taraf.
  • Mampu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Penulis artikel ini tidak layak digelar ‘orang tua-tua’ kerana lahir di negeri lain. Anda pula bagaimana?

2. Pemangku Raja Tidak Semestinya Berdarah Raja

Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu

Undang-undang tubuh Negeri Selangor telah menetapkan peraturan sekiranya Sultan Selangor yang sah belum mencapai usia dewasa minima.

Untuk menjadi Sultan, seseorang pewaris perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun mengikut kalendar Hijrah. Jika Sultan belum mencapai usia ini, seorang Pemangku Raja boleh dilantik.

Menariknya, Pemangku Raja tidak semestinya berasal daripada kerabat diraja. Individu biasa yang dilahirkan di Selangor dan menganut agama Islam juga layak untuk memegang peranan ini.

3. Elaun Seumur Hidup untuk Sultan yang Melepaskan Takhta

Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu

Tidak semua orang mahu memegang jawatan sebagai Sultan. Jika seorang Sultan Selangor ingin melepaskan takhta, Baginda perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dinamakan Surat Cara.

Selepas penyerahan surat itu, Sultan yang melepaskan kuasa tidak lagi berhak terhadap hak-hak negeri. Namun, Baginda tetap akan menerima elaun seumur hidup yang nilainya dihadkan kepada 1/4 daripada jumlah penuh elaun Sultan.

4. Hanya Individu Melayu dan Islam Boleh Menjadi Menteri Besar

Di Selangor, Menteri Besar mesti seorang Melayu dan beragama Islam, selaras dengan identiti negeri ini yang menekankan rapatnya hubungan antara agama dan bangsa.

Sultan Selangor memegang kuasa mutlak dalam melantik Menteri Besar. Baginda boleh memilih berdasarkan undang-undang tubuh negeri atau mengetepikan peruntukan tersebut untuk melantik calon yang dianggap sesuai.

5. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dalam Sistem Sosial Selangor

Selangor mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam beberapa aspek pentadbiran negeri. Sultan Selangor bertanggungjawab memelihara keistimewaan ini.

Menurut perlembagaan negeri, kerajaan negeri Selangor mesti:

  • Menyediakan jawatan perkhidmatan awam untuk orang Melayu.
  • Menawarkan rizab biasiswa, dana, dan latihan khas kepada rakyat Selangor berbangsa Melayu.

Peraturan ini bertujuan memastikan keseimbangan sosial dan ekonomi di kalangan masyarakat Melayu Selangor.

Dengan undang-undang ini, Selangor tidak hanya menjadi pusat kemajuan ekonomi, tetapi juga memelihara tradisi dan budaya unik yang telah diamalkan sejak sekian lama.

Baca Juga:
Wanita digelar ‘Cik Sianida’ dihukum mati
Ditanya soalan nafkah, jawapan padu Ina Naim dapat pujian netizen
Wanita dedah perangai abang ipar ‘sebiji’ macam lelaki curang dalam filem ‘Ipar adalah maut’