‘Umur hanyalah angka’ nenek berusia 104 tahun catat rekod penerjun wanita tertua di dunia.
Usia nyata bukan halangan untuk seorang wanita di bandar ini melakukan terjunan udara sekali gus menjadi penerjun payung terjun, tertua di dunia.
Portal People memetik Chicago Tribune yang mendokumentasikan detik itu melaporkan, Dorothy Hoffner, 104, menjadi individu tertua yang melakukan terjunan udara pada Ahad lalu.
Selepas wanita itu membuat terjunan udara buat kali pertama pada usia yang ke-100, dia memutuskan bahawa terjunan seterusnya akan berbeza, menurut FOX 32 Chicago.
Dia mahu mencipta rekod dunia dan empat tahun selepas lompatan pertamanya, Hoffner menyempurnakan terjunan udara bersejarah itu dengan bantuan ‘penerjun tandem’ Derek Baxter, lapor Chicago Tribune.
Selepas mendarat, gambar yang dirakam oleh akhbar itu menunjukkan Hoffner bersama Baxter dan rakannya, melambai ke arah orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan peristiwa penting itu.
Apabila ditanya bagaimana rasanya – secara tidak rasmi – memegang rekod dunia, dia menjawab, “Seperti saya sudah tua.”
Dorothy Hoffner made her first skydiving attempt at age 100. At 104, she decided to jump again. Watch her fall from 10,000 feet for a second time.
“I just felt comfortable up there,” she said. https://t.co/j9oQbJnDtg pic.twitter.com/xbnLCNH2C1
— The New York Times (@nytimes) October 3, 2023
“Umur hanyalah angka…,” katanya kepada pemberita.
Hoffner juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar dan orang ramai kerana menyaksikan detik istimewa dalam hidupnya itu.