UMNO pecat Noh Omar serta merta selepas cabar Zahid

UMNO pecat Noh Omar serta merta selepas cabar Zahid

UMNO pecat Noh Omar serta merta selepas cabar Zahid. Tan Sri Noh Omar mengesahkan UMNO sudah memecatnya semasa mesyuarat yang berlangsung malam ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu memberitahu pada mulanya parti memutuskan untuk mengantung keahliannya selama enam tahun, namun beliau mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memecatnya lebih baik daripada digantung.

“Buat apa (parti) gantung saya? Sebaliknya saya minta Presiden (Zahid) pecat saja saya.

“Presiden bersetuju dengan permintaan saya dan kata saya telah dipecat dengan serta-merta,” katanya dipetik laporan media.

UMNO pecat Noh Omar serta merta selepas cabar Zahid

Noh terdahulu dilaporkan media menghadiri mesyuarat MT yang berlangsung malam ini yang dipengerusikan Zahid.

Awal hari ini, media melaporkan Noh antara pemimpin yang dipanggil lembaga disiplin parti itu Isnin depan (30 Januari 2023) atas dakwaan khianat kepada parti semasa pilihan raya umum lalu.

Menurut Noh selain beliau, empat lagi pemimpin UMNO Tanjong Karang turut dipanggil menghadap Lembaga Disiplin UMNO.

“Saya bersedia untuk terima apa jua keputusan dibuat parti. Kalau hendak pecat, pecatlah, saya tidak kisah.

“Tetapi kalau UMNO masih hendak cari salah individu tertentu punca parti kalah PRU-15, terpulanglah,” katanya.

Empat pemimpin UMNO Tanjong Karang itu ialah Jasman Anuar (setiausaha bahagian), Salbiah Saari (ketua Puteri bahagian), Yusop Omar (AJK bahagian), dan Nurul Syazwani Noh (AJK Puteri bahagian).

Yusop adalah juga adik kepada Noh sementara Nurul Syazwani anak perempuannya.

Jelas Noh, kesemua individu terbabit menerima notis panggilan itu minggu lepas daripada pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun melalui WhatsApp.

“Saya sedia dipanggil Lembaga Disiplin UMNO dan rela kena pecat kalau prinsip saya bersuara demi parti dianggap sabotaj,” katanya lagi.

Baca Lagi:
Myvi terjatuh dan terbalik, dua treler muatan kereta berlanggar sesama sendiri
PRU15 paling korup dalam sejarah PRU negara dakwa Tun M
Gedung Apple Store pertama bakal dibuka di Malaysia, cari pekerja tempatan
CATEGORIES