Ulat sampah dalam makanan dan sup, lelaki alami keracunan selama 5 hari

Photo of author

By Syima Iza

Ulat sampah dalam makanan dan sup, lelaki alami keracunan selama 5 hari.

Seorang lelaki mengalami keracunan makanan selama lima hari selepas makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok yang kini telah meraih 1.4 juta jumlah tontonan dalam masa dua hari.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa ekor ulat sampah di atas sudu makanannya dan ada juga ulat sampah yang lebih besar di dalam supnya.

Ulat sampah dalam makanan dan sup, lelaki alami keracunan selama 5 hari

Selain itu, lelaki ini turut menjelaskan bahawa servis di kedai makan tersebut tidak memuaskan kerana dakwanya pekerja di kedai tersebut agak lambat.

Tambahan pula, makanan dan persekitaran di kedai tersebut seperti dapur dan tandas dipercayai agak kotor. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut merasa geli apabila melihatnya.

Bahkan, ada juga yang dapat mengenal pasti kedai makan tersebut dan berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa kejadian ini mungkin berlaku disebabkan tuan kedai dianiaya, mungkin ada orang yang dengki dengan pemilik kedai itu.

Ulat sampah dalam makanan dan sup, lelaki alami keracunan selama 5 hari Ulat sampah dalam makanan dan sup, lelaki alami keracunan selama 5 hari

Baca Juga:
Atlet lawan pedang US puji baju kontinjen Malaysia sangat cantik di Paris
Juara Judo Jepun menangis histeria selepas tewas mengejut kepada Uzbekistan
Hidup tak keruan selepas simpan baju kakak meninggal 5 tahun lalu dalam bantal