Ular tedung hitam masuk rumah PM

Ular tedung hitam masuk rumah PM

Ular tedung hitam masuk rumah PM. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bandar Sungai Long, Kajang, malam ini.

Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, Mior Norazlan Safian, berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 malam.

Ular tedung ditangkap di pondok pengawal rumah PM

“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan yang sedang bertugas di pondok itu.

“Anggota APM berjaya menangkap ular seberat 800 gram, dengan panjang kira-kira satu meter itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki tayang pistol, gari di media sosial ditahan polis
Bayi berusia setahun berat 25 kg terpaksa didukung secara bergilir
3 soalan mudah dari Ustaz Azhar Idrus gagal dijawab MB Kedah
CATEGORIES