Ular sawa perut buncit rupanya baru sudah telan wanita

Ular sawa perut buncit rupanya baru sudah telan wanita

Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Suriaty sedang berjalan menuju ke rumah abangnya di Kampung Siteba, Daerah Kecil Walenrang Barat untuk mengambil ubat anaknya yang sakit pada pagi Selasa.

Setiausaha kampung Iyang memberitahu portal tvOnenews bahawa perjalanan wanita berkenaan bertukar menjadi tragedi apabila dia diserang oleh ular sawa itu.

Ular sawa perut buncit rupanya baru sudah telan wanita

“Suaminya menjejaki tapak kakinya dan menemui barang-barang berselerak seperti selipar, beg, dan seluar di tepi jalan, yang berselerak dalam jarak beberapa meter.

Tidak berapa jauh dari situ, ular sawa berkenaan ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit. Dia segera meminta bantuan penduduk tempatan untuk meneutralkan ular berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa,” kata Iyang.

Suriaty dikenali sebagai seorang suri rumah tangga dan petani yang berdedikasi, meninggalkan lima anak kecil.

Baca Juga:
‘Aduhh..lawan lagi siap bawa parang’ – Aney ‘One By One’ sekali lagi buat suspense dalam video baru
Aksi lelaki ini kunyah kulit durian siap cicah sambal belacan buat netizen rasa ngilu
Sembunyi dadah dalam guni tanah hantar kepada pelanggan guna kurier, suami isteri dicekup polis
CATEGORIES