Ular sawa panjat rumah flat sampai tingkat 2

Photo of author

By Syima Iza

Ular sawa panjat rumah flat sampai tingkat 2.

Bila sebut tentang haiwan eksotik, terutamanya ular, pasti ramai yang meremang bulu roma. Mana tidaknya, ular boleh menyerang mangsa dengan membelit hingga menyebabkan maut. Sangat berbahaya!

Apa yang lebih membimbangkan, haiwan ini semakin kerap dilihat di kawasan terbuka seperti di dalam rumah, di atas jalan raya, malah ada yang memasuki kawasan enjin kereta atau berada di tempat parkir kosong. Seram!

Ular sawa panjat rumah flat sampai tingkat 2

Ular Sawa Hampir Masuk Rumah Flat Tingkat 2 di Singapura

Baru-baru ini, pada 8 Disember, satu kejadian cemas berlaku di Singapura apabila seekor ular sawa hampir menyelinap masuk ke dalam sebuah flat.

Menurut laporan Mothership, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), Kalai Vanan Balakrishnan, berkata pihak mereka telah dimaklumkan tentang kemunculan ular tersebut di atas pemampat penghawa dingin di Blok 925, Jurong West.

Tindakan pantas pemilik rumah

Pemilik rumah berusia 54 tahun, yang hanya dikenali sebagai Muklis, berkongsi pengalaman menakutkan itu. Dia menceritakan bahawa dua individu tidak dikenali telah mengetuk pintu rumahnya untuk memaklumkan bahawa ular sawa itu berada berhampiran rumahnya.

Individu tersebut turut meminta Muklis dan isterinya supaya segera menutup tingkap kerana ular sawa itu dilihat sedang ‘memanjat’ ke arah rumah mereka.

Nasib baik, tidak lama kemudian, Muklis terdengar bunyi ketukan yang dipercayai datang dari bilik utama rumahnya. Ketukan itu dipercayai dilakukan oleh ular sawa yang cuba memasuki rumah.
“Kalau saya tak tutup tingkap, mungkin ular tu berjaya masuk rumah saya,” kata Muklis.

Misi menyelamat yang mencabar

Muklis segera menghubungi pihak Acres untuk bantuan.

Menurut Kalai, ular sawa berukuran 3.5 meter itu telah menyebabkan misi menyelamat menjadi agak mencabar. Ular tersebut dilihat memusingkan badannya pada lengan salah seorang anggota yang bertugas.

Kes ini menjadi peringatan betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada terhadap kehadiran haiwan liar, terutama yang berbahaya seperti ular sawa.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu, ini senarai 7 negara paling kecil di dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang sehingga rabu
26 maut kemalangan tayar bas meletup