Ular sawa berat 20kg, panjang 5 meter ditemui dalam longkang depan rumah

Ular sawa berat 20kg, panjang 5 meter ditemui dalam longkang depan rumah

Ular sawa berat 20kg, panjang 5 meter ditemui dalam longkang depan rumah.

Seekor ular sawa sepanjang lima meter ditemui dalam longkang hadapan sebuah rumah di Seksyen 11, Petaling Jaya, petang semalam.

Ular seberat 20 kilogram itu ditemui pekerja kontraktor kawasan perumahan itu sebelum memaklumkan kepada pemilik kediaman berkenaan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor berkata, pemilik kediaman terbabit menghubungi APM Selangor kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Ular sawa berat 20kg, panjang 5 meter ditemui dalam longkang depan rumah

“Anggota APM yang tiba pada jam 2.05 petang mengambil masa hampir 15 minit untuk membawa keluar ular sawa itu dari dalam longkang.

“Kerja-kerja membawa naik keluar ular berkenaan mengambil masa 15 minit bagi memastikan reptilia tidak bertindak agresif, selain memastikan keselamatan empat anggota APM yang melakukan kerja-kerja menangkap ular,” katanya kepada BH hari ini.

Baca Lagi:
Ribuan kucing diselamatkan sebelum dibunuh dan dijual sebagai daging babi, lembu
Ibu curiga anak enggan ke sekolah, rupanya trauma dirogol bapa saudara
“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu bundle gula” – Wanita mengamuk di pasaraya selepas kena beli gula premium RM4.20
CATEGORIES