Ular sawa batik berat 90 kilo sedang mengeram puluhan biji telur ditangkap

Ular sawa batik berat 90 kilo sedang mengeram puluhan biji telur ditangkap

Seekor ular sepanjang lima meter bersama 73 biji telur berjaya ditangkap di Kampung Sungai Merab Ulu dekat Sepang pada petang Rabu lalu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sepang dalam satu kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 3.05 petang, Rabu lalu.

Sepasukan lima anggota telah dikerahkan ke lokasi dan membuat pemeriksaan di kawasan yang dilaporkan.

Ular sawa batik berat 90 kilo sedang mengeram puluhan biji telur ditangkap

Anggota bertugas mendapati terdapat seekor ular sawa bersama 73 biji telur berada di kawasan tersebut.

“Ular dengan berat 90 kilogram tersebut berjaya ditangkap dengan menggunakan alatan khas menangkap ular.

“Turut serta dalam operasi ini ialah tiga anggota dari Pasukan Khas Pertahanan Awam bagi memberi sokongan kepada anggota sedia ada dari APM Sepang,” kata kenyataan itu.

Operasi tamat pada pukul 5.03 petang dan ular bersama telur telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi tindakan lanjut.

Pegawai bersama anggota APM telah membuat pemantauan akhir di lokasi sebelum bergerak pulang ke balai.

Baca Juga:
‘Kembang tekak’ Mi sizzling datang bersama kepulan asap rupanya berlaukkan ayam berulat
EURO 2024: Budak lelaki ceroboh padang berswafoto dengan Ronaldo dikejar keliling padang
Tiba-tiba makan guna sudu garpu, tunang ‘kantoi’ curang dengan rakan sekerja
CATEGORIES