Ukiran batu berbentuk wajah beruang ditemui di Planet Marikh

Ukiran batu berbentuk wajah beruang ditemui di Planet Marikh

Ukiran batu berbentuk wajah beruang ditemui di Planet Marikh. Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui ukiran batu berbentuk beruang grizzly semasa merakam gambar baharu Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Imej itu dirakam pada ketinggian 251 kilometer (km) dari permukaan Marikh menggunakan kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter.

Saintis menemui garisan bulat besar di atas permukaan batu, dua lekuk berbentuk seakan mata, serta kawah lebih besar kelihatan seperti mulut beruang grizzly.

Ukiran batu berbentuk wajah beruang ditemui di Planet Marikh

NASA turut berkongsi imej tersebut di Twitter dan menerangkan punca pembentukan wajah beruang di planet itu.

“Terdapat sebuah bukit dengan struktur runtuh berbentuk V (hidung), dua kawah (mata), dan corak bulat (kepala).

“Corak bulatan mungkin disebabkan oleh pemendapan deposit di atas kawah yang tertimbus.

“Hidungnya mungkin lubang gunung berapi atau lumpur dan mendapan itu mungkin lahar atau aliran lumpur,” kata NASA.

Baca Lagi:
Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton, nyanyi lagu klasik Tamil ‘Munbe Vaa’
Hishammuddin dalang MP BN tandatangan SD, bawa MP Umno ke rumah Azmin
UMNO pecat Noh Omar serta merta selepas cabar Zahid
CATEGORIES