‘UFO’ mendarat di lebuh raya di tahan polis

‘UFO’ mendarat di lebuh raya di tahan polis

Pegawai Pejabat Syerif Daerah Crawford, baru-baru ini, menahan sebuah kenderaan yang menyerupai UFO di sebuah lebuh raya di Missouri, Amerika Syarikat.

Berita penahanan kenderaan luar biasa itu dikongsikan pejabat berkenaan di media sosial.

Kenderaan itu didakwa direka seorang lelaki dari Indiana.

'UFO' mendarat di lebuh raya di tahan polis

Pejabat Syerif Daerah Crawford di Missouri menerbitkan gambar yang diambil pegawai yang menahan kenderaan itu, yang kelihatan agak futuristik dan menyerupai UFO.

Dalam catatan di Facebooknya, agensi itu menyifatkan penemuan melucukan itu sesuatu yang jarang berlaku.

“Nah, anda tidak pernah tahu apa yang akan ditemukan apabila melalui Crawford County tetapi yang ini agak jarang dari dunia ini.

“Humanoid mesra dalam kenderaan gaya UFO datang dengan aman dan dalam perjalanan, mungkin tidak mengejutkan ke festival di Roswell, bandar New Mexico yang lama dikaitkan dengan aktiviti dari luar bumi,” kata pejabat itu.

Pejabat itu berkata, kenderaan itu melanggar peraturan lalu lintas, namun pemandunya memberi jaminan akan menguruskan perkara itu.

“Dia juga diberi amaran mengenai penguatkuasaan ketat kami terhadap kelajuan antara negeri supaya dia tidak melanggar peraturan itu,” katanya.

Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi di media sosial dengan beberapa pengguna mendakwa pernah melihat kenderaan itu di tempat lain, malah ada yang memuat naik video kereta itu di jalan raya.

Sebahagian lagi netizen menyuarakan kebimbangan berhubung implikasi keselamatan kenderaan itu.

Ramai netizen mengenal pasti pemiliknya berasal dari Indiana yang disahkan beberapa laporan media termasuk daripada Indy Star pada 2014, yang mengatakan kereta itu direka dan dibina daripada kereta Geo Metro buatan 1991.

Baca Juga:
Nenek guna bom tangan buat tumbuk lada merah hampir 20 tahun, nasib baik tak tarik suis bom
Orang ke-10 terkaya di dunia derma RM25 bilion
Boikot gagal, 85,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di SNBJ ‘Sold out’
CATEGORIES