Ubat khas dari Australia sedang diusahakan untuk Faisal Halim

Photo of author

By Syima Iza

Ubat khas tersebut sedang dikaji untuk merawat kecederaan yang dialami oleh Faisal di beberapa bahagian badannya seperti rusuk, tangan, dan bahu.

Selepas pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di mana Faisal dirawat, tangan kirinya tidak dapat memberikan tindak balas disebabkan kecederaan yang teruk.

“Difahamkan dia (Faisal Halim) akan menerima ubat khas dari Australia bagi merawat keadaan cedera pada tangan, rusuk, dan bahu akibat tindak balas asid itu,” lapor Stadium Astro baru-baru ini.

Ubat khas dari Australia sedang diusahakan untuk Faisal Halim

Faisal kini dalam pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Shah Alam dan beliau telah menjalani satu pembedahan beberapa jam selepas tragedi itu berlaku.

Kecederaan serius yang dialami oleh Faisal kemungkinan besar akan membuatnya terpaksa meninggalkan dunia bola sepak untuk satu tempoh yang panjang.

Baca Juga:
Faisal melecur tahap empat, perjalanan karier jadi tanda tanya
Selepas Akhyar, Faisal Halim diserang, ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard
Suspek simbah asid pada Faisal Halim berjaya dicekup, direman 2 hari