UAI jawab soalan ‘suami mana akan jumpa di syurga jika wanita pernah kahwin dua kali’

Photo of author

By Syima Iza

UAI jawab soalan ‘suami mana akan jumpa di syurga jika wanita pernah kahwin dua kali’.

Setiap Muslim yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan mereka kekal hingga ke akhirat. Namun, timbul kekeliruan dalam kalangan kaum wanita tentang siapakah yang akan menjadi pasangan mereka di syurga jika mereka berkahwin lagi selepas kematian suami pertama.

Penjelasan Ustaz Azhar

UAI jawab soalan 'suami mana akan jumpa di syurga jika wanita pernah kahwin dua kali'

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu bertanya tentang status suaminya ketika di syurga kelak.

“Betulkah kalau suami meninggal, kemudian kita kahwin lagi, maka kita tidak akan berjumpa lagi dengan suami pertama di syurga?”

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar, kemudian menerangkan tentang keadaan yang akan dilalui setiap insan di syurga.

Menurutnya, semua ahli syurga akan berjumpa, sama ada yang kita kenal atau yang tidak pernah kita kenal, malah kita akan saling berkenalan. Kita akan berada dalam keadaan yang seronok, lebih-lebih lagi bersama keluarga. Tiada perasaan cemburu atau marah di dalam syurga.

@dyjaa_shop Replying to @mamikeishaqalisha Suami mana yang berjumpa di Syurga kelak.. #ceramahislam #ustazazharidrus #uai ♬ original sound – Ⓓⓨⓙⓐⓐ Ⓙⓐⓜⓐⓛⓤⓓⓓⓘⓝ – dyjaa_shop

Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa suami yang akan menemani isteri di syurga adalah berdasarkan penjelasan yang pernah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Nabi bersabda, suami yang paling baik terhadap isterinya ketika di dunia adalah yang akan bersama dengannya di syurga.

Baca Juga:
‘Cahaya hantu’ muncul di jambatan sejak 6 dekad lalu masih belum terungkai
Rupanya tanam 6 pokok ini boleh halau nyamuk masuk rumah
Lelaki ini miliki ikan kelah tapir yang jarang ditemui di sungai Malaysia