Tunang buang kucing, wanita sanggup batalkan majlis kahwin bernilai RM179,497

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita sanggup membatalkan perkahwinan bernilai 30,000 Pound Sterling (kira-kira RM179, 497) gara-gara seekor kucing.

Mirror UK melaporkan, ia selepas wanita itu menerima mesej daripada tunangnya, Tom ketika dia keluar membeli belah memaklumkan lelaki berkenaan sudah membuang kucing kesayangannya.

Kucing itu dikatakan mencalarkan kereta Tom dan menyebabkan lelaki berkenaan membuangnya kira-kira lapan kilometer (km) dari kawasan yang tiada rumah di sekelilingnya.

Tunang buang kucing, wanita sanggup batalkan majlis kahwin bernilai RM179,497

“Dia melakukan perbuatan itu dengan rakan baiknya yang tinggal bersama kami pada masa itu.

“Saya memberitahunya jika kucing itu berbuat demikian, kami akan memikirkan sesuatu untuk mengelakkan ia berlaku lagi seperti menggunakan penutup kereta.

“Tunang saya, Tom, berkata dia berjalan keluar pagi itu dan melihat calar pada keretanya dan tahu ia disebabkan kucing.

“Saya bertanya kepadanya bagaimana dia tahu. Menurut Tom, dia melihatnya di kamera. Saya memintanya untuk menunjukkan kepada saya dan dia menolak. Dia juga tidak pernah meminta maaf,” katanya.

Wanita itu mencari kucingnya itu selama sebulan dan gagal menemuinya sebelum bertindak memutuskan pertunangan dengan lelaki itu.

Baca Juga:
Guru besar ‘kantoi’ curang, dicekup suami berdua-duan dengan guru lelaki dalam bilik
Tak puas hati ditegur kerana tak pakai helmet, 2 remaja baling pasu ke arah balai polis
Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah