Tun M muat naik hantaran baharu beri amaran kepada negara kecil

Photo of author

By Syima Iza

Tun M muat naik hantaran baharu beri amaran kepada negara kecil.

Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran kepada negara-negara kecil agar mengambil berat tentang situasi yang sedang berlaku di Asia Barat.

Bekas Perdana Menteri itu menekankan bahawa jika negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, mereka tidak boleh mengharapkan sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Tun M muat naik hantaran baharu beri amaran kepada negara kecil

“Terdapat mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), serta resolusi yang baik akan dibuat. Tetapi, negara penceroboh akan mengabaikan PBB dan terus melakukan pembunuhan. Inilah ‘dunia baharu’ di mana ribuan dan jutaan anak muda telah menggadaikan nyawa mereka,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di media sosial pada Sabtu.

Konflik di Asia Barat semakin memuncak dengan pencerobohan rejim Zionis Israel di Gaza dan selatan Lubnan, yang disokong kuat oleh sekutunya, Amerika Syarikat.

Jumlah rakyat Palestin yang syahid akibat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Gaza telah meningkat kepada hampir 43,000 orang, dengan lebih 93,000 lagi cedera.

Situasi di Gaza turut menyebabkan krisis kelaparan dan kebuluran, memaksa rakyatnya meninggalkan kediaman mereka akibat pencerobohan dan pengeboman yang berterusan oleh Zionis.

Sementara itu, di Lubnan, angka korban juga telah meningkat melebihi 2,000 orang akibat pencerobohan darat tentera Israel di bahagian selatan negara tersebut.

Konflik di Asia Barat juga menyaksikan penglibatan Iran, yang melancarkan peluru berpandu pada April dan awal Oktober lalu, selepas beberapa provokasi dilakukan oleh Israel terhadap Tehran.

Baca Juga:
Penari gelek di atas pelamin buat tetamu terkejut, geleng kepala
Jerung paus gergasi sebenarnya robot, pengunjung marah kena tipu beli tiket RM169
Suami tak jadi cerai selepas tangkap isteri curang