Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba undang tanda tanya orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba undang tanda tanya orang ramai. Sejenis tumbuhan merah misteri merebak di sekeliling sebuah pili bomba menyebabkan orang ramai tertanya-tanya sama ada ketulan berlendir itu adalah sesuatu daripada filem War of the Worlds arahan Steven Spielberg, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tumbuhan pelik yang pertama kali dilihat di tempat letak kereta di CBD Brisbane pada Oktober tahun lalu itu telah meningkat sehingga ke mulut pili yang bocor dan ia telah mengembang dari tanah, mula-mula bertukar warna berkarat sebelum kelihatan hijau dan hitam.

Imej itu telah disiarkan di media sosial pada minggu ini dan bersama keterangan gambar: “Ia i telah berkembang di bawah pili bomba yang bocor sejak beberapa bulan lalu (QLD).”

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba undang tanda tanya orang ramai

Pili bomba itu mula bocor setahun lalu di tempat di mana terdapat batu setinggi 20 sentimeter (sm) dan terdapat kulat pada batu itu tumbuh sehingga mencecah ke dalam pili air tersebut.

Namun, terdapat seseorang yang mengambil batu itu dan kemudian kulat itu hilang.

Bagaimanapun, kebocoran itu berterusan dan selepas satu atau dua minggu kulat baharu muncul di atas tanah dan ia kemudian berkembang.

Seorang pakar dari Muzium Queensland yang dihubungi oleh Yahoo News Australia tidak dapat menyatakan apa sebenarnya tumbuhan kerana pihak penyelidik memerlukan sampel untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Baca Lagi:
Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan
Lelaki mabuk teruk sampai terlupa majlis perkahwinan sendiri
Saya curang? Kebenaran akan terbongkar, tunggu dan lihat – Puteri Sarah