Tular wanita bertudung mencuri di Speedmart, sorok barang celah kangkang.
Kebiasaannya, orang ramai akan membeli dan membuat bayaran jika mahu mendapatkan sesuatu barang, seperti produk makanan atau barang dapur.
Namun, entah mengapa, ada segelintir individu yang berani menanggung risiko dengan mengambil barang di kedai secara diam-diam atau dengan kata lain, mencuri.
Lebih buruk lagi, perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan walhal tempat sebegitu sudahpun dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
Pasti ada sahaja teknik yang dilakukan untuk mengelak perbuatan mereka dirakam.
Selamba Mencuri Walaupun Tahu Diri Dirakam
Namun, lain pula dengan seorang lelaki dan wanita ini yang dilihat selamba mencuri walaupun tahu CCTV sedang merakam perbuatan mereka.
Menerusi video tular di Facebook Sukan Star TV- sstv.my, dua individu berkenaan dilihat mundar-mandir di salah satu laluan dalam sebuah kedai serbaneka.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat aksi mereka yang pada mulanya mencurigakan apabila kedua-duanya melihat CCTV sebelum salah seorang daripada individu terbabit mengeluarkan barang dari peti sejuk dan meletakkannya di rak berhampiran.
Manakala, wanita berkenaan pula memasukkan beberapa barang yang dipercayai air tin dalam sebuah plastik.
Siap Masukkan Barang Celah Kangkang & Dalam Baju
Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berkenaan dilihat selamba memasukkan plastik yang dipenuhi barang di celah kelangkangnya sebelum berpura-pura melihat barangan yang lain.
Malah, dia kemudiannya dilihat mengambil barang yang dikeluarkan dari peti sejuk tadi dan meletakkannya dalam bahagian dada sebelum beredar dari kawasan tersebut.
Datang Semula Lakukan Perkara Sama
Namun, kedua-dua mereka datang semula ke lorong berkenaan sambil membawa raga seolah-olah mahu membeli barangan lain.
Pada ketika itu, mereka dilihat membawa barangan lain dan diletakkan pada rak yang sama sebelum memasukkannya ke dalam plastik.
Malah, kelihatan wanita berkenaan memberi arahan kepada lelaki tersebut untuk mengambil barangan yang lain.
Wanita itu sekali lagi dilihat memasukkan barang ke dalam plastik sambil lelaki berkenaan mengawasi keadaan sekeliling.
Dia kemudiannya memasukkan plastik itu ke dalam celah kangkang serta beberapa barangan lain di bahagian dadanya.
Dalam video yang berdurasi 5 minit 23 saat itu, mereka dilihat berulang kali melakukan perkara yang sama sebelum lelaki berkenaan berpura-pura membuat bayaran di kaunter manakala wanita itu terus melangkah keluar dari premis berkenaan.
Melalui hantaran yang tular, tiada info lanjut berhubung butiran dan lokasi kejadian.
Mencuri lagi dekat speedmart aku nak tahu memang ada persatuan makcik kepit ke ? Ini lagi dasyat bawa suami mencuri barang dapur sekali.
Tapi mcm mana kepitan dia sangat kuat 😅 pic.twitter.com/WdQBpX4I4E
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) January 10, 2025