Tular video wanita maki hamun ibu bapa di media sosial, netizen syak ada masalah mental.
Satu video kini tular dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen terhadap tindakan seorang wanita yang dilihat selamba mengutuk dan memaki hamun sikap segelintir ibu bapa di media sosial.
Video tersebut telah meraih lebih daripada 2.7 juta tontonan di TikTok dalam masa dua hari.
Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa biasanya menghubungi kita untuk bertanya tentang keberadaan kita, dan ini menunjukkan bahawa mereka mengambil berat dan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak-anak.
Namun begitu, wanita tersebut dilihat melepaskan geram terhadap ibu bapa yang berbuat demikian sambil mengeluarkan kata-kata kesat kerana geram dimarahi oleh ibu bapanya menerusi telefon.
Dia juga menemplak ibu bapa yang tidak memberikan anak-anak mereka wang dan mengutuk bahawa ini adalah kebodohan daripada ibu bapa tersebut, yang menjadi penyebab anak-anak tidak memberikan mereka wang kerana mereka sering mengganggu anak-anak yang sedang mencari rezeki.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang pelik dan bimbang terhadap keadaan wanita ini, dan ada yang menyifatkan bahawa wanita ini mungkin mempunyai masalah kesihatan mental.
Mudah-mudahan dia tak tujukan pada orang terdekat dia dan harap dia tak maksudkan pun pic.twitter.com/ejHTjqgTUW
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 12, 2024