Tular video Syed Saddiq kopek udang untuk Bella Astillah buat netizen rasa ‘Annoying’.
Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sering mendapat perhatian ramai, terutama di media sosial.
Kupas Udang Untuk Bella
Keakraban mereka sangat jelas apabila sering memuat naik gambar dan video bersama sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, Bella dan Syed sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat sedang makan bersama di sebuah restoran.
Menerusi perkongsian sebuah video yang berdurasi kurang 1 minit itu, Syed membantu Bella mengupas lauk udang yang menjadi juadah mereka.
Biarpun video makan bersama, kemesraan Bella dan Syed sangat jelas apabila masing-masing tersenyum manis.
So shweett…😍😍😍 pic.twitter.com/Na5ZWCcayM
— KroniRakyat (@KroniRakyat) February 1, 2025
Netizen Annoying?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Ada juga yang mengkritik Bella dan Syed kerana terlalu mesra.
“Too much minta perhatian orang. Boring scene,” kritik seorang netizen.
“Sudah-sudah ler, meluat aku tengok yang terpaling bercinta,” kritik netizen lain.
“Annoying pula tengok diorang ni,” kata netizen yang lain.
Ada Yang Back-up
Namun, ramai juga yang tampil mempertahankan dengan menyatakan video tersebut tiada masalah langsung.
“Ok la tu. Diorang pun nak bahagia,” komen netizen lain.
“Biar jela. Apa yang jijiknya?,” tulis netizen.
“Diorang yang romantik, kau yang gelabah… jijik tak payah tengok lah,” komen netizen lagi.
“Dia pun manusia biasa juga, layak bercinta, layak rasa bahagia, bukan dia rebut laki orang atau bini orang,” komen netizen lain.
Terdahulu, netizen ‘merestui’ hubungan Bella dan Syed malah mendoakan agar dua figura itu bertemu jodoh kerana disifatkan serasi dan memiliki wajah seiras.
Untuk info, Bella bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu. Manakala, Syed Saddiq pula masih bujang.