Tular video sekumpulan kanak-kanak bijak jawab kuiz agama buat netizen kagum

Photo of author

By Syima Iza

Tular video sekumpulan kanak-kanak bijak jawab kuiz agama buat netizen kagum. Tidak dinafikan mendidik anak mengenali agama Islam perlulah bermula di saat mereka masih kecil agar mudah untuk mereka mempraktikkannya di dalam kehidupan harian.

Malah bukan hanya ajaran, kita juga perlu menceritakan tentang sirah-sirah agama Islam supaya mereka mengenali dan menghargai perjuangan para nabi dan sahabatnya dalam menyampaikan agama Islam.

Tular video sekumpulan kanak-kanak bijak jawab kuiz agama buat netizen kagum

Kanak-kanak dapat jawab quiz agama undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di TikTok oleh Nur Faseha Tarmizi yang juga seorang guru tuisyen memaparkan sekumpulan kanak-kanak yang baru sahaja selesai mengaji sedang menjawab kuiz agama dengan baik sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa kanak-kanak yang dipercayai anak kepada Nur Faseha dan juga anak muridnya menjawab soalan agama dan sirah yang ditanya oleh wanita berkenaan.

Malah terpapar wajah gembira setiap dari mereka sebaik sahaja dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.

“Siapakah yang yang digelar pedang Allah?” tanya wanita itu, sebelum seorang dari kanak-kanak perempuan itu menjawab, “Khalid Al-Walid”

@nurfasehatarmiziRutin setiap hari isnin hingga khamis, kuiz sirah/tajwid selepas kelas mengaji bersama anak2+ anak2 murid. Online & bersemuka rm20 sebulan iqra’, rm30 sebulan Al-Quran. Boleh whatsapp saya 0176630610

♬ original sound – Faseha

Pelajar seterusnya kemudian ditanya apakah azab paling ringan di dalam neraka dan jawabnya adalah duduk di tepi pantai neraka dan memakai selipar bara api (hingga otak menggelegak).

Tidak ada seorang pun yang tidak dapat jawab soalan

Apa yang lebih mengagumkan, tiada seorang pun dari mereka yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dan semuanya dijawab dengan betul.

Di ruangan komen ada yang bertanya guru berkenaan bagaimanakah cara mengajar mereka. Wanita itu kemudian berkata dua orang anaknya itu sentiasa dibaca tentang sirah sebelum tidur.

Manakala bagi anak-anak muridnya pula akan diceritakan tentang sirah selepas mereka selesai kelas tajwid.

Tular video sekumpulan kanak-kanak bijak jawab kuiz agama buat netizen kagum

Melihat di ruangan komen ramai yang kagum dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berkenaan selain memuji quiz seperti itu membantu mereka untuk lebih bersemangat dalam mendalami ilmu agama.

Baca Lagi:
Driver JKM sujud syukur atas bumbung kereta semasa diselamatkan
Wanita stres mentua paksa serah bayi bakal lahir kepada kakak ipar
Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun