Tular video sedih naik motosikal lima beranak, sekali penduduk Ipoh cerita perkara sebenar.
“Naik motor ramai-ramai sebab nak letak anak pergi jual popcorn dekat kedai-kedai makan while mak ayah duduk atas motor tunggu je.”
Demikian dakwaan warga net selepas tular sebuah video memaparkan lima beranak menaiki sebuah motosikal dipercayai di Ipoh, Perak.
Menerusi perkongsian video di X @traveljimat, individu itu meluahkan rasa sebak melihat keadaan keluarga tersebut.
“Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan reaksi kurang senang kepada pasangan suami isteri terbabit yang didakwa mempergunakan anak mereka.
“Tak payah la min, satu Ipoh dah kenal. Hujan-hujan pun dia angkut semua, pergi kedai ke kedai, suruh anak yang sulung jual kacang. Dia rileks atas motor tunggu. Lepastu buat muka bila anak datang kat dia tunjuk kacang tak terjual,” dakwa netizen.
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini.. pic.twitter.com/BF6BeIeIo0
— Travel Jimat (@TravelJimat) December 27, 2023
“Jangan percaya… saja buat susah, dah viral kt Ipoh… kesian kat anak jadi penjual teraniaya oleh bapak and mak sendiri. kalau tak dapat jual anak kena marah depan-depan pelanggan… mak and pak duduk atas moto. budak laki tu nangis-nangis jual keropok… padahal boleh je naik berdua mak and pak jual keropok… abang pun dah besar,” kata netizen.
“Kat Ipoh ni ramai orang kenal sangat dah dengan family ni… memang Allah dah mudahkan hidup diorang pun. Cara cari rezeki tu atas pilihan masing-masing. Rezeki ada dimana-mana… kenapa nak bahayakan anak-anak tu tiap-tiap hari jual jajan… sendiri boleh fikir,” luah netizen.