Tular video samseng naik BMW halang, tahan bas

Tular video samseng naik BMW halang, tahan bas

Tular video samseng naik BMW halang, tahan bas. Dua lelaki berlagak samseng yang tular dalam video di media sosial semalam kerana menahan sebuah bas henti-henti di Taman Puteri di sini, dicekup polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki berusia 32 dan 42 tahun ditahan kira-kira 9 pagi di daerah ini susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit 10.11 pagi semalam.

Katanya, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika pemandu bas henti-henti yang berusia 31 tahun sedang memandu di Taman Puteri, di sini..

Tular video samseng naik BMW halang, tahan bas

“Pemandu bas melihat sebuah kereta BMW hitam berhenti di tengah jalan dan seakan-akan memberi jalan kepadanya yang ketika itu sedang keluar dari jalan berkenaan.

“Kereta dinaiki suspek memotong dan berhenti di hadapan bas berkenaan. Seorang suspek memarahi mangsa dengan menghentak beberapa kali dinding bas menggunakan tangannya.

“Manakala seorang lagi rakannya menghampiri mangsa dengan memegang cermin sisi kanan bas dan cuba merosakkannya namun mangsa sempat bergerak meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Beng Yeow, pemandu bas percaya kedua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Katanya, suspek kemudian mengekori bas dari terminal bas Kulai sehingga ke Jalan Batu 21 Kulai Besar, di sini.

“Suspek masih bertindak memarahi mangsa namun dia kekal berdiam di dalam bas bimbang keselamatan diri terancam,” katanya.

Katanya, polis akan memohon reman ke atas suspek esok bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Baca Lagi:
Bunyi seram beb! Kecoh satu kampung penampakan pocong di Felda Sungkai
Beruntung lelaki ini, hanya lepak di rumah manakala 3 isterinya bekerja
Abang Panda daki gunung, hantar MCD (McDonald’s) dari Tawau ke puncak Kinabalu
CATEGORIES