Tular video penyanyi Hafiz Suip kena tumbuk, rakan tampil cerita kisah sebenar.
Penyanyi Hafiz Suip didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki di Kuching, Sarawak petang tadi selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan akibat provokasi di jalan raya.
Saksi kejadian, Uthman Daud, memaklumkan bahawa pertelagahan tersebut semakin memuncak selepas Hafiz dan individu terbabit berhenti di tengah jalan sebelum berlakunya pertengkaran.
“Assalamualaikum. Mungkin ada yang dah tengok video tular pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas solat Jumaat tadi.
“Video tersebut tersebar hanya seketika, biarlah saya terangkan kronologinya. Selepas solat, kami dalam perjalanan untuk membeli hamper bagi ziarah ke rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang meninggal dunia, kerana semalam adalah hari ke-100 pemergiannya.
Ketika dalam perjalanan, sebuah kenderaan ‘mencucuk’ dari belakang. Maka, provokasi pun berlaku antara kedua-dua pihak. Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut memberhentikan kereta kami. Kedua-duanya marah dan keluar dari kenderaan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Selepas pertengkaran, pelantun lagu Awan Nano itu, bersama Uthman yang menaiki kenderaan yang sama dengan Hafiz, turut terkena serangan semburan cecair pemedih mata.
“Tiba-tiba pemandu itu menyembur muka Hafiz dengan cecair pemedih mata. Saya cuba meleraikan keadaan tetapi pemandu itu masih meluru ke arah Hafiz.
Sapa ada full video tepek sini. Takkan la dia saja saja nak gaduh ngan orang. Hafiz ni rilex dan steady je selalunya. pic.twitter.com/osXQtywHZr
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 30, 2024
“Dalam keadaan saya cuba meleraikan, muka saya juga disiku dan disembur cecair yang sama, jadi saya pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” ujarnya lagi.
Bagi keselamatan diri, Uthman, yang dipercayai rakan kepada Hafiz, kini sedang menerima rawatan di hospital susulan kejadian tersebut, selain membuat laporan polis.
“Selepas itu, kami ke balai polis untuk membuat laporan dan sekarang masih berada di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih terasa pedih hingga kini,” jelasnya.
Hari ini, video yang memperlihatkan kelibat pemilik nama lengkap Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, ditumbuk oleh seorang lelaki telah tular dalam aplikasi X.
Menerusi video tular tersebut, Hafiz dilihat menghentak but hadapan sebuah kereta yang dipercayai milik lelaki terbabit sehingga menyebabkan dia ditumbuk.