
Tular video pekerja restoran ‘Nasi Kandar’ buat kerja sambil pakai spender, netizen bengang tak tahu nama restoran dan lokasi
Tular video pekerja restoran ‘Nasi Kandar’ buat kerja sambil pakai spender, netizen bengang tak tahu nama restoran dan lokasi.
Tular satu rakaman di media sosial mempamerkan seorang pekerja di sebuah restoran hanya memakai seluar dalam di dalam premis tersebut.
Menerusi video itu, staf lelaki tersebut dilihat duduk di bahagian belakang dan dipercayai sedang melakukan kerja di restoran nasi kandar tersebut yang tidak dapat dipastikan lokasinya.
Selepas mendapat tahu dirinya dirakam dalam keadaan begitu, pekerja lelaki berkenaan cuba menyorok di tepi pintu dapur.
Melalui ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa geram kerana pihak yang menularkan video tersebut tidak menyatakan nama restoran dan lokasinya.
Namun, ada yang mendakwa restoran itu terletak di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah dan menerusi video boleh didengari individu yang merakam berkata dia mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
View this post on Instagram