Baru-baru ini, video anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dikongsi di laman Instagram @lovaacosmetics.hq.
Wajah ‘natural’ tanpa mekap
Kelihatan di dalam video tersebut wajah Marissa pada mulanya tidak memakai sebarang mekap, lalu kelihatan lebih bermaya apabila ‘transition’ video itu memaparkan wajah gadis tersebut sudah disolek.
Transformasi video itu telah mengundang pelbagai respon daripada netizen dan video tersebut turut meraih perhatian ramai hingga hampir mendapat 1 juta tontonan daripada pengguna.
Netizen label ‘muka awam’
Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengecam wajah Marissa dan ada yang label wajahnya seperti ‘muka awam’.
Bahkan ada yang merasakan wajah isteri pertama Aslam iaitu Misya lagi cantik jika hendak dibandingkan dengan gadis berumue 19 tahun itu.
View this post on Instagram