Tular video lelaki teguk minyak Cap Kapak macam teguk air kosong, netizen timbul persoalan tak bahaya ke?

Photo of author

By Syima Iza

Menelan minyak angin mungkin kedengaran pelik atau meloyakan buat sesetengah orang.

Menerusi satu klip video tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat seorang lelaki meminum minyak angin dan menggosokkan cecair berkenaan di seluruh muka bagi tujuan merawat sakit kepala.

Netizen Timbul Persoalan

Tular video lelaki teguk minyak Cap Kapak macam teguk air kosong, netizen timbul persoalan tak bahaya ke?

Posting itu bagaimanapun, menimbulkan persoalan ramai netizen berkaitan keberkesanan selain kemudaratan yang boleh terjadi disebabkan pengambilan cecair yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan luaran.

“Tak datang kemudaratan apa-apa ke?”

“Seriuslah?! Aduh macam-macam, tak rosak pula organ dalaman,”

“Tengok pun dah memudaratkan dia, tak payah tunggu kesan masa panjang pun.”

Tabiat Minum Minyak Angin dari Kecil, Lain Macam. Doktor Pakar Beri Jawapan

Menjelaskan tentang isu berikut, seorang doktor pakar, Datuk Dr. Mohd Rushdan Md Noor memberitahu minyak angin seringkali dimasukkan bahan-bahan seperti Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor.

Menurutnya, ketiga-tiga bahan yang dinyatakan itu sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul.

“Terdapat laporan keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin.

Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.

“Kami pernah melaporkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ketiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi.

Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit,” kongsinya.

Ubat-ubat itu juga boleh menyebabkan keracunan sekiranya disapu pada kulit dalam kuantiti yang banyak kerana diserap masuk ke dalam aliran darah.

Susulan itu, beliau mengingatkan supaya hanya menggunakan minyak angin untuk kegunaan luaran dan mengelakkan diri daripada menyedut ataupun meminum cecair berikut kerana mampu mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan.

“Elakkan daripada Menyedut ataupun Meminumnya”

“Apabila membeli minyak angin ataupun krim/balm, tolong semak label senarai bahan-bahan yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada bahan-bahan di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak.

Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya,” tegasnya.

Baca Juga:
Bekas suami ‘Haji Bakhil’, sanggup simpan semua resit belanja anak sendiri
Cik B belajar memancing, beli barang saja dah habis ribu-riban
Pasangan ‘Childfree’ kongsi sebab kenapa tidak mahu ada anak