Tular video lelaki mirip bekas pegawai kanan polis bergaduh dengan isteri kedua

Tular video lelaki mirip bekas pegawai kanan polis bergaduh dengan isteri kedua

Tular video lelaki mirip bekas pegawai kanan polis bergaduh dengan isteri kedua. Tular di media sosial hari ini memaparkan seorang individu yang didakwa bekas pegawai kanan polis dilihat bergaduh dengan seorang wanita dipercayai isteri keduanya, sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.

Berdasarkan video kurang seminit itu, individu terbabit yang memakai topi keledar berwarna merah dilihat merampas telefon bimbit milik wanita berkenaan yang sedang merakam situasi pergaduhan mereka.

Dalam video lain yang dikongsikan pengguna media sosial, kedengaran suara kedua-dua mereka bergaduh mengenai tuntutan hak saham dan perniagaan masing-masing.

Tular video lelaki mirip bekas pegawai kanan polis bergaduh dengan isteri kedua

“Aku nak telefon aku, ni kau dengki dengan aku, aku minta duit peguam RM10,000, kau ada bagi tak? Aku 10 tahun jadi isteri kau, aku ada hak nak tuntut harta sepencarian, saham itu pun bukan duit kau,” kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan, ramai yang membuat spekulasi mengaitkan video tersebut dengan kejadian dimana seorang wanita sebelum ini membuat laporan polis memaklumkan dirinya dipukul oleh suaminya yang juga bekas pegawai kanan polis di kediaman mereka pada 28 Februari lalu.

Pergaduhan yang tercetus itu dikatakan berpunca daripada isu harta dan nafkah.

Baca Lagi:
Lelaki menyamar pakai maskot ‘Ninja Turtles’ hadir di majlis kahwin bekas kekasih
Ayah bersama dua anak berkhatan sekali
Pelancong Malaysia kongsi rakaman nyaris jadi mangsa penyeluk saku di London
CATEGORIES