Tular video lelaki biadap halang solat tarawih, pecah pintu surau di Kajang

Photo of author

By Syima Iza

 

Tular video lelaki biadap halang solat tarawih, pecah pintu surau di Kajang. Seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menghalang jemaah yang sedang mengerjakan solat sunat tarawih di sebuah surau dekat Sungai Chua, Kajang, Selangor pada Selasa.

Kejadian itu difahamkan berpunca daripada pemuda berbaju putih yang mendakwa bunyi pembesar suara di surau berkenaan terlampau kuat sehingga mengganggu ketenteraman di kawasan rumahnya.

Meminta agar posisi pembesar suara surau berkenaan dialihkan, salah seorang jemaah kemudiannya bertindak meredakan kekecohan itu.

Tular video lelaki biadap halang solat tarawih, pecah pintu surau di Kajang

Bagaimanapun apabila gagal ditenangkan, lelaki tersebut mula meninggikan suara dan berlaku pertelingkahan antara mereka di luar kawasan surau terbabit.

Bengang dengan situasi tersebut, beberapa jemaah kemudiannya turut serta dalam situasi itu sebelum berlaku adegan kejar mengejar antara mereka yang menyaksikan lelaki itu berjaya meloloskan diri.

Dalam pada itu, pintu surau berkenaan dikatakan pecah dan rosak angkara lelaki tersebut.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung isu terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai untuk membuat laporan.

Baca Lagi:
Pengeluaran wang KWSP tidak akan dibenarkan lagi
Shila Amzah dan kekasih nafi tinggal serumah, bersekedudukan
Bekas MB Perlis didakwa terima wang haram RM1.06 juta