Tular video bertumbuk di Batu Pahat, 11 lelaki di tahan polis

Tular video bertumbuk di Batu Pahat, 11 lelaki di tahan polis

Tular video bertumbuk di Batu Pahat, 11 lelaki di tahan polis. Polis menahan 11 lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu lain di sebuah rumah inap desa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 62 tahun.

“Pada jam 2.30 petang pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan menyatakan berlaku pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat.

Tular video bertumbuk di Batu Pahat, 11 lelaki di tahan polis

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan tersebut turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis masih melakukan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Semakan lanjut mendapati, rakaman video kejadian ini telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada pengguna maya,” katanya.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes berkenaan kerana boleh menjejaskan siasatan

Sebelum itu, tular video berdurasi satu minit tiga saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu yang tular di Twitter sejak pagi Selasa.

Dalam video berkenaan keadaan dilihat kecoh dan tegang, di mana seorang lelaki berbaju merah memarahi seorang penghantar makanan.

Berlaku adegan tumbuk menumbuk yang turut disertai beberapa individu lain dan seorang wanita dipercayai isteri kepada penghantar makanan itu dilihat cuba melindungi lelaki terbabit.

Baca Lagi:
Berbaloi! Aina Abdul dinobatkan sebagai juara sanggup berhabis RM90,000 demi AJL37
Lelaki nekad larikan seutas gelang tangan, tauke emas rugi RM17,000
4 hari terperangkap bawah runtuhan, ayat kursi jadi pendinding kami sekeluarga
CATEGORIES