Tular video ‘Aunty’ India berdiri tegak, terpegun dengar bacaan al-Quran dari surau raih perhatian ramai.
Seorang wanita berbangsa India meraih perhatian ramai apabila dilihat khusyuk mendengar bacaan al-Quran dari sebuah surau berhampiran rumahnya.
Menerusi video yang dikongsikan HezzaRoslan di TikTok, wanita tersebut bagaikan terpegun apabila terus berdiri tegak di hadapan rumahnya sambil menghayati alunan tersebut.
“Kawan saya hantar video ini, ibunya mengagumi surah yang dibacakan oleh surau berhampiran rumahnya. Terkedu dengar sampai berdiri tegak, tak bergerak di situ.
“Bila kawan saya tanya bila nak masak? Tak memasal kena marah dia kata kena hormat orang sembahyang, makan saja tahu. Mari kita sama-sama belajar menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing,” menurut tulisan pada kapsyen video yang dikongsikan itu.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons orang ramai, malah ada juga dalam kalangan mereka berkongsikan pengalaman hampir serupa.
“Kat tempat aku depan masjid ada perkampungan orang Cina. Orang-orang Cina kat situ bangun pagi berdasarkan azan subuh. Dia orang tak kunci jam,” kongsi YattNordin.

@hezzaroslan Embracing the beauty of diversity! 🕌🌟. Cute tau aunty ni terpegun dengar orang mengaji. Siap hormat lagi… Malu la kita yang muslim ni kalau tak pandai nak hormat agama orang lain… 🇲🇾❤️🕌 #ProudMalaysian #ProudMuslim #RespectEachOther #HarmonyAndUnderstanding #fypシ #fyp #hormatmenghormati #respect #goodtimes #malaysia #cuteaunty ♬ original sound – HezzaRoslan