Tular rumah tanpa penghuni milik warga Indonesia yang bekerja di Malaysia buat ramai terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Tular rumah tanpa penghuni milik warga Indonesia yang bekerja di Malaysia buat ramai terkejut.

Malaysia merupakan sebuah negara yang dilimpahi dengan kemakmuran yang melimpah ruah.

Dengan ekonomi yang pesat membangun dan sedang menuju status negara maju, Malaysia menjadi tumpuan orang luar untuk mencari rezeki.

Tular rumah tanpa penghuni milik warga Indonesia yang bekerja di Malaysia buat ramai terkejut

Banyak pekerjaan, terutamanya dalam sektor 3D (dirty, dangerous, and difficult) seperti sektor pembinaan dan pertanian, diisi oleh pekerja-pekerja asing.

Pekerjaan-pekerjaan ini pula ada yang menjanjikan pulangan yang tinggi sekaligus memberi peluang untuk mereka membuat simpanan bagi kehidupan masa depan.

Lebih-lebih lagi apabila mereka pulang ke negara masing-masing untuk bersatu semula dengan keluarga yang ditinggalkan.

Saiz rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang individu di Indonesia mengenai beberapa buah kediaman milik jirannya yang bekerja di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ana.izzati7, wanita berkenaan sedang meninjau rumah-rumah tersebut yang masih dalam pembinaan.

“Madura, rumah besar-besar semuanya. Tetapi penghuninya tiada, semua sedang mencari duit. Ini jiran saya, orangnya tiada kerana bekerja di Malaysia,” kata @ana.izzati7.

Dalam video berkenaan, wanita itu menunjukkan tiga buah rumah yang dibina oleh jiran-jirannya, hasil mencari rezeki di Malaysia.

Berdasarkan video itu, dapat dilihat saiz rumah berkenaan persis seperti rumah banglo yang mungkin menelan kos pembinaan ratusan ribu ringgit, jika tidak juta, untuk dibina di negara kita.

Video itu telah mendapat 139.5k tontonan setakat ini.

Menjawab persoalan pengikutnya di ruang komen hantaran tersebut, @ana.izzati7 menganggarkan kos pembinaan rumah berkenaan di Madura adalah sekitar 360 juta Rupiah (kira-kira RM100,000).

Dalam pada itu, rata-rata warga maya mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia yang sanggup berkelana ke luar negara mencari rezeki.

Usaha keras dan pengorbanan yang dilakukan ternyata membawa hasil apabila mereka berjaya menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga masing-masing.

@ana.izzati7rumah besar2 tp org nya GK ad smua cri duwit😁😁

♬ suara asli – Ana izzati

Baca Lagi:
Trak pikap bawa tin cat meletup gara-gara pemandu buang puntung rokok
Ramai yang tak tahu, ini senarai 4 kes tumbuhan membesar dalam badan manusia
“Risau Malaysia jadi seperti Bali”