Tular Proton Saga, Kancil atas bumbung rumah, pemilik kereta tampil dedah cerita sebenar

Photo of author

By Syima Iza

Tular Proton Saga, Kancil atas bumbung rumah, pemilik kereta tampil dedah cerita sebenar.

Seorang warga emas di Kampung Matang Bonglai Kechil, Ayer Hitam, tidak menyangka tindakannya meletakkan dua buah keretanya di atas bumbung konkrit rumahnya menjadi tular di media sosial.

Awang Ali Abdullah, 64, berkata dia mengangkat kereta jenis Proton Saga dan Perodua Kancil sejak Khamis lalu, menggunakan kren untuk diletakkan sementara di atas bumbung rumahnya disebabkan ketiadaan ruang parkir.

Tular Proton Saga, Kancil atas bumbung rumah, pemilik kereta tampil dedah cerita sebenar

Menurutnya, keputusan itu diambil kerana tidak ada ruang dan ingin memberi laluan untuk pemasangan khemah kenduri cucu saudaranya, Shahira Zamzuri, 27, pada hari Sabtu.

“Saya menggunakan kren untuk mengangkat kereta Perodua Kancil dan Proton Saga itu dengan bantuan anak-anak saudara lain, dan ia berjaya diangkat dalam tempoh 30 minit.
“Tidak sangka ada yang merakam video dan ia tular, sehingga ramai orang datang untuk bergambar,” katanya kepada pemberita pada hari Ahad.

Awang Ali berkata dia bersyukur kenduri tersebut meriah dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu, malah ada yang tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan berlatarkan dua kereta di atas bumbung itu.

Tambahnya, kedua-dua kereta yang digunakan sejak 10 tahun lepas masih dalam keadaan baik, namun dia tidak akan menurunkannya dari atas bumbung untuk sementara waktu.

“Saya akan biarkan dahulu untuk tempoh seminggu atau dua minggu lagi bagi memberi peluang kepada penduduk setempat merakam gambar,” katanya.

@anaksulong33 Santai kawan😂 #fypシ #fypシviralシ2024 ♬ suara asli – penjahatmemee

Sementara itu, Shahira berkata dia terlalu sibuk dan hanya mengetahui mengenai tindakan datuk saudaranya yang meletakkan Proton Saga dan Perodua Kancil itu di atas bumbung rumah pada hari Jumaat.

Katanya, ramai tetamu memaklumkan bahawa kawasan rumahnya sudah tular dengan kereta yang diparkir di atas bumbung, tetapi dia berbangga kerana ia mendapat reaksi positif.

Baca Lagi:
Kereta Saga, Kancil ‘parking’ atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik
Ini soalan pertama Khairul Aming akan tanya kepada yang ‘DM’ nak jadi peneman hidup
Buaya terbesar berumur 110 tahun mati