Tular pengantin pasang iklan gergasi supaya tetamu tak sesat raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Perbuatan sepasang pengantin baru di Indonesia yang memasang papan iklan gergasi bagi mengelakkan tetamu daripada tersesat mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Wolipop semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @nenggg_mc, papan iklan tersebut mempunyai nama, lokasi, dan gambar kedua-dua pengantin.

Perakam video itu mengakui terkejut selepas melihat iklan sebesar itu.

Tular pengantin pasang iklan gergasi supaya tetamu tak sesat raih perhatian ramai

Dia juga menyatakan bahawa iklan seperti kad jemputan itu menyerupai iklan kempen semasa pilihan raya.

“Agak lain daripada yang lain pasangan ini, mungkin boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang akan berkahwin supaya tetamu tidak sesat,” kata keterangan video.

Difahamkan, pasangan pengantin itu bernama Yusa dan Fina Damayanti, manakala majlis perkahwinan mereka berlangsung di Kota Cilegon, wilayah Banten pada 23 Jun lalu.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih 1.18 juta tontonan.

“Berapa harga untuk memasang iklan itu?” tanya seorang pengguna laman sosial.

“Konsep ini boleh ditiru untuk masa depan,” kata netizen lain.

@nenggg_mc Agak lain pasangan yg satu ini, jadi inspirasi buat yg mau menikah supaya tamu undangan ga nyasar 😂 #weddingtiktok #weddingday #fypシ゚viral #fyp #weddingvibes #weddinginspiration ♬ OMA SHAKO SHAKO – DJ VINNIE PARGOY

Baca Juga:
Cara seterika baju yang betul supaya tak berkedut, rupanya ramai yang salah..begini caranya
Lelaki terkaya Asia bayar Justin Bieber RM47 juta menyanyi di majlis praperkahwinan anak
Wajah mirip Lisa Blackpink, remaja jual ayam goreng jadi popular sekelip mata