Tular pemuda cari kerja untuk buat beli lauk sambil kesat air mata undang ramai sebak

Tular pemuda cari kerja untuk buat beli lauk sambil kesat air mata undang ramai sebak

Tular kisah seorang pemuda yang memohon untuk diberikan apa sahaja kerja ketika bertemu dengan pihak katerer di sebuah dewan kenduri asalkan bayarannya mampu dijadikan modal untuk membeli lauk.

Menerusi perkongsian wakil katerer, Sri Suzaidah Masri di Facebook baru-baru ini, dia memaklumkan pemuda berusia lingkungan 20-an itu merayu kepadanya dan suami agar diterima bekerja bagi membantu menguruskan persiapan kenduri kahwin kerana tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan pada hari tersebut.

Difahamkan ketika itu, pihak katerer sedang melakukan kerja-kerja pemasangan khemah serta susun atur meja dan kerusi di dewan kenduri di Kampung Duyong, Melaka.

Tular pemuda cari kerja untuk buat beli lauk sambil kesat air mata undang ramai sebak

“Tengah pasang khemah dekat Duyong, datang seorang adik lelaki dalam lingkungan umur 20-an. Dia tanya suami saya, ‘Bang, ada kerja tak? Apa-apa kerja tak apa untuk sehari ni sahaja. Saya nak cari duit beli lauk’.

“Saya kerja kilang, hari ini saya cuti. Sebab tak ada duit, saya nak cari kerja, untuk beli lauk sahaja pun tak apa. Sambil dia kesat air mata,” kata Suzaidah yang menceritakan semula situasi yang berlaku.

Menurut wanita itu, dia secara pantas menerima pemuda tersebut bagi membantu persiapan pihaknya selain mencadangkan kepada suami mahu membeli beberapa barangan keperluan sebagai sumbangan yang ingin diberikan kepada lelaki berkenaan.

“Awak parking motor, mari sini boleh kerja. Tak kisah awak tolong apa-apa.

“Terus saya mengalir air mata, dalam kita rasa susah, ada orang yang lebih susah dari kita. Tapi saya bangga dengan adik ini, dia tak malu untuk datang dan minta kerja sambilan, walaupun tak kenal dan tak pernah jumpa.

“Saya ada bincang dengan suami, sebelum dia balik kerja nanti, kami nak belikan beras, dan barang-barang keperluan rumah sedikit untuk diberi pada adik ini dan bagi gaji pada dia untuk dibuat belanja. Moga urusan kau dipermudahkan dik,” katanya.

Dalam hantaran terbaharu yang dimuat naik Suzaidah semalam, dia memaklumkan ramai pihak menghubunginya kerana mahu membantu pemuda tersebut.

“Maaf ya ramai yang komen dan mesej nak nombor telefon adik itu. Saya tak boleh suka-suka bagi. Ini hak dan privasi orang. Harap faham ya.

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya ada bagi nombor telefon adik ini pada Pa YB (pembantu peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy) dan pada orang yang sepatutnya,” jelasnya.

Baca Juga:
Pokok nangka berbuah lebat dalam rumah
MH199 mendarat cemas di Hyderabad kerana masalah enjin
Pengantin perempuan pengsan terkejut dijodohkan dengan lelaki 35 tahun lebih tua
CATEGORIES