Dalam video yang turut dimuat naik, kedengaran suara yang mendakwa bungkusan yang dibalut dengan ayat suci al-Quran terdiri daripada beberapa parcel.
Sebelum ini, seorang pengguna di Facebook telah memuat naik satu hantaran memaparkan beberapa bungkusan yang didakwa dibalut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran.
Menerusi hantaran yang dimuat naik pada 5 Jun lalu, penghantaran bungkusan itu telah dibuat oleh sebuah syarikat pencetakan di Kuala Lumpur.
Susulan itu, syarikat kurier di Air Itam, Pulau Pinang tampil membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
“Hari ini (5 Jun) kami pihak kurier menerima sejumlah bungkusan yang dibalut dengan kertas mengandungi ayat-ayat suci al-Quran.
“Anda semua satu syarikat yang besar, balut dengan kertas putih (kosong) sudah cukup,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Dalam video yang turut dimuat naik, kedengaran suara yang mendakwa bungkusan yang dibalut dengan ayat suci al-Quran terdiri daripada beberapa bungkusan.
“(Ada) lima buah bungkusan, bukan satu. Esok sampai lagi beberapa,” kata individu terbabit di dalam video.
Polis sahkan terima laporan berhubung kes barang dibungkus guna pembalut ayat suci al-Quran.
Terbaharu, polis turut mengesahkan berhubung insiden yang berlaku pada minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, siasatan berhubung kes itu telah lengkap serta sudah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Polis ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya, lapor Kosmo.