Tular sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan seekor orang utan bersaiz mega menceroboh sebuah kawasan penduduk yang dipercayai berlaku di Kalimantan Tengah.
TvOne melaporkan kehadiran haiwan berkenaan ke kawasan itu kerana lapar dan sedang mencari makanan.
Dalam pada itu, Ketua Badan Konservasi Sumber Alam (BKSDA) Kawasan Kalimantan Timur, M Ari Wibawanto di Samarinda mengesahkan kehadiran mamalia itu.
“Kita percaya bahawa orang utan itu berasal dari Kalimantan, tapi kami akan menyiasat lanjut.
“Pasukan kami sudah diturunkan di lapangan untuk mencari orang utan itu,” katanya pada Selasa.
Difahamkan haiwan itu keluar dari kawasannya kerana kebanyakan tempat perlindungannya sudah diceroboh.
Dalam pada itu, BKSDA meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya melihat haiwan berkenaan.
@uptodate_2 orangutan primata asli Indonesia #hewan #fauna #alam ♬ Chine: Table bell sound(177944) – Y8MD