Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen

Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen

Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen. Sebut saja pasal ‘king’, rakyat Malaysia pasti sudah mengetahui gelaran itu adalah untuk sebuah kereta kompak Perodua iaitu Myvi.

Tidak dinafikan, Produa Myvi antara kereta buatan tempatan yang paling berjaya apabila laris dijual di seluruh negara.

Namun di sebalik kejayaan itu, tercatat pelbagai insiden termasuk beberapa tragedi kemalangan sehingga meragut nyawa melibatkan Perodua Myvi sehingga ia digelar king oleh rakyat Malaysia.

Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen

Tular Myvi langgar kereta yang halang laluan
Terkini, tular pula satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah Perodua Myvi melanggar kereta lain yang tanpa sengaja menghalang laluannya di sebuah kawasan persimpangan jalan.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook DashCam Owners Malaysia, kelihatan sebuah kereta pikap milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berhenti di hadapan perodua Myvi tersebut secara separa melintang.

Nissan Navara berhenti secara melintang depan Myvi
Kereta pikap jenis Nissan Navara itu dilihat terpaksa menghentikan kenderannya di hadapan kereta Myvi tersebut kerana deretan kenderaan yang berada di hadapannya tidak bergerak pada waktu itu.

Apa yang mengejutkan, pemandu Myvi tersebut secara tiba-tiba bergerak ke hadapan dan melanggar kereta pikap terbabit walaupunlampu isyarat pada waktu itu masih berwarna merah.

Pemandu Myvi beredar begitu sahaja
Seakan-akan tiada apa yang berlaku, pemandu Myvi tersebut terus bergerak meninggalkan kawasan tersebut apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di persimpangan jalan berhadapan kilang Munchy Parit Ya’ani, Batu Pahat, Johor.

“Keras hati betul king ni” – Netizen
Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat rakaman tersebut.

Ada yang mempersoalkan tindakan pemandy Myvi berkenaan berbuat demikian dan ada juga yang merasakan dia mungkin sedang bermain telefon.

Malah ada yang tertanya-tanya mengapakah dia berlalu pergi begitu sahaja walhal keretanya itu baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Pada masa sama, mereka turut meletakkan kesalahan terhadap pemandu Myvi tersebut kerana melanggar Nissan Navara di saat lampu isyarat masih lagi berwarna merah.

Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen

Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen

Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen

Baca Lagi:
Peminat terharu terima layanan istimewa SRK, siap ajak sembang dalam bilik hotel
Kerajaan Negeri Pahang dedah 29 nama ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu
Azab bekerja sebagai scammer di Myanmar, gadis ini kongsi pengalaman dipaksa makan babi
CATEGORIES