Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang mirip dengan individu tular itu memakai uniform lengkap karate dengan tali pinggang hitam.
Sejak minggu lalu, tular satu video pergaduhan membabitkan dua lelaki di sebuah kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Pergaduhan tersebut berakhir dengan kekalahan lelaki bersinglet putih selepas pemilik kedai dengan mudah berjaya menumbangkannya. Perkara itu secara tidak langsung mengundang perhatian ramai yang mula ‘membahannya’ di media sosial.
Ekoran itu, lelaki memakai singlet putih terbabit telah tampil memuat naik satu video menjelaskan tentang insiden yang berlaku. Malah meminta orang ramai untuk berhenti menjadikannya sebagai bahan lawak jenaka.
Dalam video yang dimuat naik menggunakan Bahasa Tamil itu, lelaki berkenaan memaklumkan dia mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri iaitu Karate, namun keadaannya yang mabuk pada hari kejadian telah menyebabkannya tewas.
Tular Lelaki Pakai Singlet Putih Buat ‘Comeback’ Ajar Karate
Terbaharu, tular satu lagi video yang dipercayai lelaki sama hingga menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Malah, kemunculan dalam video kali ini membuatkan ramai percaya bahawa dia sememangnya mempunyai tali pinggang hitam dalam Karate.
Siap Pakai Lengkap Baju Karate dengan Tali Pinggang Hitam
Dalam video yang dikongsikan di X, kelihatan lelaki yang mirip sepertinya lengkap berpakaian uniform Karate dengan tali pinggang hitam sambil mengajar seorang individu.
Menerusi video tersebut, kelihatan dia sedang mengajar lelaki yang memakai baju biru teknik untuk menahan dan menumbuk.
Kelihatan dia begitu bersungguh-sungguh sewaktu melakukan aksi berkenaan.
Ramai Teruja Tunggu Apakah Sambungan Seterusnya
Dah masok class karate🤔 pic.twitter.com/zTE2ankJfU
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 10, 2024
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai, malah ada yang mengatakan ia seperti dalam filem perlawanan boxing yang mana ‘hero’ biasanya akan tewas dahulu sebelum kembali mencari semangat untuk berlatih.
Namun, ada yang menasihatkan agar mereka melupakan sengketa lama, sebaliknya bermaaf-maafan dan menjadi contoh terbaik untuk semua masyarakat.
“Pening aku dia yang mengajar ke atau diajar tu? Confused aku”