Tular lelaki naik Velfire curi ‘parcel’ atas tembok rumah

Tular lelaki naik Velfire curi ‘parcel’ atas tembok rumah

Tular di media sosial sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan individu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire mencuri bungkusan yang ditinggalkan atas tembok rumah.

Menurut video yang dimuat naik pengguna TikTok @knaidu553, kejadian yang dipercayai berlaku di Ulu Tiram, Johor itu dirakam pada pukul 3.49 petang kelmarin.

Dalam video itu, kelihatan MPV tersebut bergerak perlahan sebelum memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah rumah.

Tular lelaki naik Velfire curi 'parcel' atas tembok rumah

Selang 10 saat kemudian, seorang individu memakai baju berwarna putih keluar dan mengambil bungkusan atas tembok sebelum memasuki semula kenderaan tersebut.

MPV itu seterusnya beredar laju tanpa sempat menutup pintunya.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 79,000 tontonan, 1,302 tanda suka, dan 261 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menggesa pihak berkuasa bertindak segera dan secara berseloroh memaklumkan pencuri tersebut menjalankan kegiatannya bagi melunaskan bayaran Vellfire.

@knaidu553 naik vellfire curi parcel shopee🤦‍♂️#knaidu44 #fypシ゚viral #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – K.NAIDU

“Nak beli barangan tak ada duit lah tu, duit dah habis bayar Vellfire,” komen Rozyron.

“Tak boleh nak salahkan penghantar barang. Tembok tinggi, kalau campak takut pecah pula. Harap pencuri ‘parcel’ dapat dibanteras segera. Banyak dah barang hilang tapi tulis dah sampai,” komen Syasya pula.
Baca Juga:
Orang ramai sebak lihat detik menyentuh hati bapa minta izin nikahkan anak perempuan
Lelaki luah perasaan dedah terpaksa buat ‘loan’ kerana teman wanita minta beli kereta honda, iPhone 15 Pro
Tak puas hati kena tegur kerana bawa motor lawan arus, rider tengking pemandu kereta
CATEGORIES