Tular lelaki makan ayam mentah setiap hari selama 100 hari

Photo of author

By Syima Iza

Tular lelaki makan ayam mentah setiap hari selama 100 hari.

Makan ayam mentah setiap hari selama 100 hari untuk merekod kesan kepada diri.

Itu yang dilakukan lelaki Amerika Syarikat (AS) dikenali John yang berkongsi rutin itu di Instagram dan TikTok.

Tular lelaki makan ayam mentah setiap hari selama 100 hari

Setakat 14 Februari lalu, John sudah menyiarkan kandungan selama 27 hari dan kelihatan masih mampu sihat dan bertahan dengan menu berkenaan.

Dalam video pertama yang dikongsikan pada 19 Januari, John merakam aksinya makan dada ayam mentah dan segelas telur mentah.

“Hari pertama makan ayam mentah selama 100 hari atau sehingga saya sakit perut. Jangan cuba ini di rumah. Ikuti (perkembangan) saya untuk lihat apa yang berlaku nanti,” tulisnya dalam keterangan video yang dikongsikan ke media sosial.

Meskipun siri dokumentasinya itu bermula di TikTok, Johd kemudian beralih ke Instagram selepas mendakwa platform TikTok kerap memadam videonya.

Lelaki itu yang pernah mencuba eksperimen memakan makanan ‘whole food’ mentah seperti sayuran, kini meraih lebih 400,000 pengikut.

Dia juga mempelbagaikan jenis ayam dimakan seperti kepak dan mencampurkan dada ayam dengan salad, keju parmesan, crouton dan caesar dressing.

John merancang mengekalkan diet ayam mentahnya selama 100 hari atau sehingga dia jatuh sakit.

“Itu semua sains. Saya percaya makan daging mentah tidaklah seram seperti yang kita percayai.

@catchupnews On his Instagram account John calls himself ‘Future Nobel Prize Winner’ #catchupnews #rawmeat #raweating ♬ original sound – CatchUp

“Malah dalam penyelidikan pemakanan saya, ada makanan mentah yang lebih baik untuk dimakan, seperti daging lembu,” katanya kepada Vice.

Itu bukan kali pertama John menunjukkan dia makan daging mentah dan tidak pernah jatuh sakit.

Pada 2022, dia menyiarkan satu siri video YouTube bertajuk ‘Makan daging mentah di Whole Foods setiap hari sehingga saya mati akibat bakteria’ selama 200 hari.

Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan, kira-kira sejuta orang sakit akibat makan ayam tercemar setiap tahun di AS.

Katanya, ayam mentah boleh tercemar dengan kuman Campylobacter, Salmonella, atau Clostridium perfringens, namun kuman ini hilang apabila daging itu dimasak.

Baca Juga:

Muka berlubang, dah macam ‘jalan tar’ – Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih
7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi…
Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search