Tular kisah lelaki kahwin tiga buat ramai kagum, peguam dedah kisah sebenar

Photo of author

By Syima Iza

Tular kisah lelaki kahwin tiga buat ramai kagum, peguam dedah kisah sebenar.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang mengahwini calon isteri ketiganya dengan keizinan isteri-isterinya yang lain. Malah, dia dengan bangganya menghebahkan perkara itu di sebuah grup komuniti poligami.

Pada awalnya, ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahan para isterinya yang sanggup menerima hidup bermadu.

Tular kisah lelaki kahwin tiga buat ramai kagum, peguam dedah kisah sebenar

Bagaimanapun, kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa kisah percintaan pasangan itu tidaklah seindah yang disangka dalam realiti.

Pendedahan yang dibuat oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, telah membongkar bagaimana ada isteri yang dinikahi tidak mendapat restu seperti yang dicanang serta tidak menerima layanan yang adil.

Dalam pendedahan peguam tersebut, pernikahan dengan isteri kedua pada tahun 2021 didakwa berlaku tanpa restu wali dan ahli keluarga.

Sebelum berkahwin, isteri kedua dikatakan melarikan diri dari rumah selama berbulan-bulan, dan mereka bernikah selepas suami menfailkan permohonan wali enggan di mahkamah.
Sementara itu, pernikahan dengan isteri ketiga pula didakwa berlaku setahun yang lalu di Thailand, juga tanpa restu wali dan ahli keluarga pihak perempuan.

Yang lebih mengejutkan lagi, peguam tersebut mendedahkan isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal di rumah, manakala isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suaminya.

Tidak sekadar itu, suami tersebut juga dikatakan tidak berlaku adil apabila sesuka hati memilih giliran bermalam dengan para isteri dan tidak boleh disoal sama sekali.

Isteri kedua pula pernah meminta penceraian menerusi WhatsApp, namun sudah merujuk kembali.

Sudahlah dilayan dengan teruk, isteri kedua turut dikatakan telah dipukul oleh suami bersama isteri pertamanya. Dakwanya, isteri kedua tidak berdaya melawan dan hanya menganggap ia sebagai pengorbanan dalam percintaan.

Walaupun ramai yang memandang tinggi kepadanya, peguam tersebut menekankan bahawa suami yang tidak berlaku adil dalam berpoligami tidak seharusnya menjadi ikon atau ikutan ramai.

Tular kisah lelaki kahwin tiga buat ramai kagum, peguam dedah kisah sebenar

Selain pendedahan peguam, ada seorang individu mendakwa mempunyai bukti anak orang dilarikan untuk berpoligami dan kezaliman berlaku kepada isteri kedua.

Baca Lagi:
Sah ke berwuduk dari dalam gayung?, Ini penjelasan Pejabat Mufti WP
‘Trip Nikah Thailand’ tawar nikah dulu bayar kemudian raih perhatian ramai, caj serendah RM1, 699
Senarai 5 haiwan paling pelik di dunia, nombor 5 miliki sifat seperti manusia